tinta 4#

sometimes the silent is the cure for all things and words seem useless in many way..
diam itu lebeyh baik dari banyak berkata kata..benar..

berbuat baik pada orang lain n insya ALLAH kita akan dapat yang lebih baik buat kita di akhirat sana kan..itu nasihat mak yang perlu sentiasa disemadikan dalam diri..
dan pabila orang berlaku baik pada kita,kita hendaklah berlaku baik pada mereka kan..
baru tak muncul permusuhan dan persengketaan kan..
aman damai je dunia nie nanti..



dan senyum itu pengubat duka..
dan ibu bapa itu pengubat hati yang lara..
jika bersedih..call la mereka..dengar suara mereka pun da ting!hati jd tenang hati..

tak semua perkara yang berlaku kita akan dapat jawapannya terus..
kadang2,jawapan tu mengambil masa yang lama untuk sampai..
kadangkala sukar untuk difahami..tapi..yang pasti..
semua yang berlaku ada hikmahnya..ada kebaikkannya walau seburuk mana pun keadaan..
mungkin manusia akan selalu berkata..

"kenapa semua nie terjadi..kenapa aku yg terima semua nie..kenapa hidup aku ditakdirkan susah..kenapa aku keseorangan"

tapi wahai manusia..cuba terbalikkan keadaan tu..lihat di sudut pandangan yang lain..




"mungkin ALLAH nak uji kesabaran aku..mungkin ALLAH nak tengok keimanan ku..mungkin hubungan aku dengan ALLAH masih buruk jadi ini petandanya..mungkin kerana aku selalu lupakan ALLAH maka ALLAH panggil aku kembali dengan memberi ujian padaku..aku tidak keseorangan,ALLAH selalu bersamaku"



indah bukan?hati akan jadi lebih tenang sebegitu..bersangka baik itu yang membawa kita kearah kepercayaan dan redha dengan ketentuan ALLAH..tawakal..


manusia itu sebaik baik kejadian..tetapi tidak bermaksud manusia itu sempurna..kerana tiada yang lebih sempurna melainkan ALLAH SWT..maka manusia itu tidak sempurna,mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2..tapi jangan lah kita sesama saudara mencemuh kekurangan diantara kita..
kesilapan yang telah terjadi amat dikesali..tapi masa tak dapat diundur selangkah kebelakang tetapi semakin bergerak selangkah kedepan..meninggalkan kita yang masih dibuai mimpi dunia yang hanya sementara..jangan dikejar dunia kerana kita hanya rugi semata mata..tetapi kejar lah akhirat kerana kita akan mendapat kedua duanya..dunia dan akhirat..berserah..tawakal..


hanya berfikiran positif dan berpesan buat diri ini..










Comments