Tersilap langkah..

Jangan sangkakan sesuatu kepunyaan kita akan selamanya milik kita..tanpa sedar dipertengahan jalan, ia tidak lagi bersama kita..tanpa sedar, ia pergi..lalu jatuh terduduk kita sendiri..

Bagaikan anak kecil sentiasa berdampingan dengan ibunya..pabila meningkat dewasa, ia pergi membawa diri..kerana kakinya sudah kuat teguh berdiri..berdiri di kaki sendiri..lalu berdikari menjelajahi alam penuh misteri..

tatkala hatinya rapuh, ia kembali pulang ke pangkuan ibunya..mengutip kekuatan, mendambakan kasih sayang..sang ibu menerima dengan hati terbuka, tangan lapang terbuka buat anak tercinta..lalu diberi kekuatan dan dipahatkan segala nasihat dan bisikan semangat..moga anak sentiasa mengingati sang pencipta, ALLAH yang Maha Esa..

bagaikan kebal bak jentera, sang anak belayar lagi..menempuhi onak duri kehidupan duniawi..tinggallah ibu sendiri lagi..segala sakit dan susah, ibu bertahan sendiri..menyepi..moga tidak menyusahkan anak ku ini..


Hai anak, usahlah kau mengejar dunia yang tidak berpenghujung..ingatlah, dunia hanya sementara..lihatlah disekelilingmu, apakah itu yang dicari? Sedarlah, dunia pembawa durjana jika tidak dijaga amalanmu..dunia adalah ilusi manis dipenuhi duri..berpegang teguhlah pada agama, maka selamatlah kamu disana..

Hai anak, hidupku sudah dipenghujungnya..adakah kau bisa berdiri sendiri tanpa ku disisi nanti..carilah penemanmu supaya apabila aku tiada, masih ada yang berada disisi mu..memberi semangat dan kekuatan padamu..tanpa penat dan jemu..janganlah kau lupa, bahawa ALLAH sentiasa disisimu..dan janganlah kau lupa hidupmu didunia hanya untuk ALLAH yang Esa..hai anak, tiada apa yang kupinta dari mu melainkan doa buatku..supaya mudah bagiku di alam seterusnya..aku pergi dulu..moga kita bertemu di mahligai indah ciptaan Tuhan..

Bagaikan dipanah petir..ditampar beribu kali..kini sang anak tersedar, tiada gunanya lagi dunia pabila diri tidak sempat berada disisi ibu buat terakhir kali..ibu telah pergi menghadap Ilahi..walau air mata turun bagaikan bah melanda..ibu tidak akan kembali..hatinya pilu..pilu perit tidak bertepi..hati bagai dikoyak rentap ditumbuk lumat lagi..tetapi kata2 ibu terngiang langsung tanggunjawab buat ibu dilaksanakan..

Ibu..hanya kau yang satu..segala pesanmu akan kuingat selalu..buat pedoman..buat panduan dan semangat ketika aku jatuh..tidak ku lupa juga pada alquran dan sunnah seperti ajaranmu kepadaku..ALLAH sentiasa disisi..moga ibu tenang disana..

Dari Abu Hurairah, bahawasanya ada seorang lelaki datang bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w : "Wahai Rasulullah, siapa yang paling berhak aku perlakukan dengan baik? Nabi menjawab : Ibumu. Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab : Ibumu. Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab : Ibumu. Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab : Ayahmu, lalu yang lebih dekat setelahnya dan setelahnya

Comments