Hariku harimu jua
Bismillahirrahmanirrahim..
With the name of ALLAH, with HIS name nothing bad will be fall on us..neither on the nor the sky and HE is Most Hearing..Most Knowing..
*******
maulaa ya salli wasallim daaiman abadan..
'ala habiibika khairil khalqi kulli hi mi..
O Mawla (Protector, speaking to Allah), send prayers and peace always and forever
Upon Your beloved, the best out of all of Creation.
Upon Your beloved, the best out of all of Creation.
*******
Firman ALLAH SWT :
Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai ALLAH, ikutilah aku, nescaya ALLAH mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang..
- Surah Al-Imran : 31
Allahumma solli 'ala saiyidina muhammad..wa'ala ali saiyidina muhammad..
dan tidak diutuskan (nabi Muhammad SAW) melainkan untuk memberi rahmat buat sekalian alam..
*******
Alhamdulillah..Tahniah kepada semua yang telah membaca dan berselawat kepada Nabi junjungan kita Rasulullah SAW..Nabi pernah berkata..bunyinya lebih kurang cani..rugi bagi mereka yang mendengar namaku tetapi mulut mereka kaku membisu..Bermaksud -> kalo kita ada dengar orang menyebut nama rasulullah SAW..hendaklah kita menyahut dengan menjawab sallallahu 'alaihiwassallam..ataupun allahummasolli'ala muhammad..ataupun menyahut scara panjang allahummasolli'ala saiyidina muhammad wa'ala ali saiyidina muhammad..
kenapa kita nak kene selawat keatas(kepada) nabi?kenapa?hmm..selawat keatas nabi sebenarnya ada baaanyak manfaat nya..banyak kelebihan nya..nak senang n pantas bole google..n bole baca yang ni..http://mystormreaders.wordpress.com/2013/07/14/42-kelebihan-memberikan-selawat-ke-atas-rasulullah-saw/
dan secara tak langsung meningkatkan rasa sayang and cinta kita pada rasul kita..yang paling penting..dengan berselawat..kita akan mendapat syafaat iaitu pembela di akhirat nanti daripada Nabi Muhammad SAW..moga-moga kita berada dalam kalangan orang yang diberi syafaat nabi di akhirat kelak..
Nabi Muhammad SAW bersabda.."Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku. " (Ibn Mas'ud r.a)
Sedangkan ALLAH dan para melaikat pun berselawat kepada nabi Muhammad..inikan pula kita manusia..hamba ALLAH..insan biasa yang hina dan lemah tanpa pertolongan ALLAH SWT..ALLAH berfirman..
"Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya." - Surah Al-Ahzab : 56)
Mungkin orang selalu kata..disebabkan sibuknya keje..sibuknya rutin harian..membuatkan selalu terlupa nak selawat..selalu lupa nak membaca sirah..al-quran..
my dear..kita boleh sebenarnya..amalkanlah sunnah rasulullah..Rasulullah SAW telah tinggalkan kita dua perkara untuk dijadikan rujukan dan panduan..berpeganglah kepadanya..AL-quran dan juga sunnah nabi..
bila kita amalkan sunnah nabi..cara kita potong kuku..cara kita bercakap..cara kita makan..cara kita berpakaian..time nak pakai kasut..time nak masuk rumah..adab kita sesama islam..adab terhadap tetamu..hubungan kita dengan keluarga..kanak2..macam2 sebenarnya yang Nabi dah tinggalkan pada kita untuk dijadikan ikutan..insya ALLAH, kita tak kan melupakan Nabi kita..Nabi Muhammad SAW..kali ikutkan perkara yang kecil pun bole membuatkan kita ingat pada ALLAH dan rasulnya..
Rasulullah selalu mengutamakan yang kanan..jadi jom kita utamakan kanan jugak..bole baca yang ni http://blog.mfadhlan.com/2012/06/sunnah-rasulullah-s-a-w-mengutamakan-yang-kanan/
*******
banyak yang bole kita ikuti daripada Nabi kita..dan itulah sebaik-baik teladan dan contoh pada kita..
ALLAH kata..kalau kamu mencintaiKu..cintailah rasulku..
Mungkin dengan cara tu kita rasa tak cukup lagi tuk buatkan kita ingat pada Rasulullah..macam mana ni..nak suh kita ingat balik..kita selalu je lupa..lagha..Ustaz Don cakap..letaklah dalam rumah kita apa-apa saja yang bole meningatkan kita pada Rasulullah..ingatkan kita pada ALLAH..samada ayat al-quran..sifat-sifat ALLAH..nama ALLAH, Muhammad..and apa2 je yang bole mengingatkan kita pada ALLAH dan rasul..
and maybe jugak kita bole tulis kat atas kertas..doa-doa..dan adab2..then tampal kat tempat yang berkenaan..contohnya, tampal doa and adab nak pakai kasut kat pintu rak kasut kita..tampal doa nak tengok cermin kat cermin kita..bila kita da hari2 tengok and buat..secara tak langung..ia jadi rutin harian kita..kalau kita tak buat..kita rasa macam ada je yang tak kene..haa..da dapat lagii satu cara..satu usaha jugak kan? =)
jadi jom kita muhasabah balik..n cuba sedaya upaya untuk tahun yang baru ni..ALLAH itu Maha Pengampun..jadi jom kita padam balik segala kesalahan kita yang lalu dengan memulakan harian kita dengan melakukan sunnah2 nabi..dan berselawat ke atas nabi..
padam balik..padam..padam..
dan pada yang still lagi exam..ni je yang mampu saya bagi and tolong..semoga berjaya semuanya..
p/s : Kalo ada sebarang kesilapan..tlg tegur ye..ini juga satu usaha..Allahummasolli 'ala saiyidina Muhammad...













Comments
Post a Comment