seuntai kata untuk dirasa..
when sickness came..everything would be different..we will think more..we would regret more..we would remember more..
ak tibe2 teringat masa sekolah2 dulu..ada satu pelajaran yang memang membuatkan mata aku terbuka..
jika kita ada masalah dengan kawan2..
cek balik hubungan kita dengan ALLAH..
jika kita ada masalah dalam hubungan kekeluargaan..
maka..cek balik hubungan kita dengan ALLAH..
jika kita punyai masalah dengan diri kita..
cek balik hubungan kita dengan ALLAH..
jika kita ada masalah dengan haiwan dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi nie..
maka dengan itu, cek balik hubungan kita dengan ALLAH..
kita tidak akan lari dari kembali kepada ALLAH..semuanya saling berkaitan antara satu sama lain..kita saling memerlukan..masihkah kita tidak sedar akan semua itu? mari tengok sedikit sebanyak keindahan ciptaan ALLAH yang mungkin kita sendiri tak tahu nak hargai sebaiknya..
ALLAH Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani bukan? semuanya sudah elok seelok2 penciptaan NYA..kenapa kita masih tak bersyukur? masih nak merungut pada sesutau yang tak lut pun..
ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Bukankah ALLAH cukup untuk melindungi hamba-hamba NYA "
(Al-Zumar : 36)
ALLAH akan menghindarnya daripada semua yang menyusahkan dan memeliharanya daripada orang yang bertujuan jahat terhadapnya serta melindunginya daripada orang yang akan melakukan tipu daya terhadapnya.- Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni..sekalung manikam untuk orang yang paling bahagia..
Sifat perikemanusiaan pun makin menghilang..makin banyak perkara..kejadian yang pelik2 berlaku..sampaikan ada yang makan manusia..makan janin..n macam2..kemanusiaan tu makin hilang..apabila kita menolak islam..
"yang akan merasa nikmatnya iman adalah orang yang redha kepada ALLAH sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Rasul." (al-hadis)
dan sifat kemanusiaan diri kita sendiri pun makin hilang sebenarnya..jika ada..mungkin kita da sama2 pegang tangan,berganding bahu bantu saudara islam kita yang sedang berjuang syahid mempertahankan agama..walau macam mana kepayahan sekalipun..kita tetap akan pergi membantu..tapi..kebanyakkan nya hanya amik tak tahu..buat2 tak nampak..menghulurkan pertolongan hanya untuk kepentingan sahaja..jadi..kita sudah masuk dalam kategori manusia kumpulan kedua (secondary group)..
cantik bukan? Nabi Muhammad S.A.W sendiri akan melepaskan tahanan perang pada zaman dahulu..melayan dyorang dengan baik..tidak merosakkan bangunan dan tempat agama..tak membunuh wanita dan kanak2 serta haiwan2 secara suka2..
Andai kita rasa kita bersendirian..kita rasa kita tak punya sape2..ingatlah..ALLAH itu mencukupi segala-galanya..
Aku suka baca buku Ramlee Awang Murshid..start dari bagaikan puteri sampai lah sunan musafir..mungkin ianya hanya sekadar novel..cerita..tapi..bagi novel nie..banyak yang boleh dipelajari dan diteladani..makin ramai yang bercita-cita nak jadi seperti laksamana sunan..
berusaha..bertawakkal..berserah diri pada ALLAH..sabar..ikhlas..kelembutan dalam islam..indah belaka..
akhir kata..mungkin sesuatu yang kita nampak baik bagi kita,tapi sebenarnya ia buruk bagi kita..
dan sesuatu yang kita nampak buruk bagi kita, tapi sebenarnya baik bagi kita...
ALLAH lebih mengetahui akan segala yang berlaku..
Dia lah Maha Mengetahui akan perangcangan yang telah ditetapkan..
maka kita harus percaya dan bertawakkal pada ALLAH..
kembali pada jalan yang benar..dunia hanya sementara..kiamat makin mendekat..
Biarpun kita kelihatan buruk didunia kerana menutup aurat menjaga adab..
tapi ingatlah..di akhirat nanti kita akan menjadi yang terindah..
tapi ada syarat dan cara yang betulnya..
lakukan lah dengan ikhlas kerana ALLAH Taala...
jangan sesekali kita menolak agama..
dan jauhilah berlaku syirik kecil(riak) kepada ALLAH..
islam itu indah..
"dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya" (Al-Imran : 104)
Dengan menyebut nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-Asr : 1-3)









.jpg)







Comments
Post a Comment